16 December 2009

My Baby Boy

16 December 2009 4
Name : Ahmad Zikri Mustaqim Bin Zulkifli
DOB : 7 Dec 2009
Time : 10.15 am
Weight : 3.43kg
Place : Hospital Sungai Buloh











20 October 2009

Sekadar Utk renungan

20 October 2009 0

RAHSIA TARIAN POCO2 (artikel dari : http://pakarhowto.com/ )

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok. Saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia . Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

16 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

16 September 2009 2
lg beberapa hari saje syawal bakal menjelma,
di sini yana ingin mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
kepada smua rakan2 bloger klu ade salah silap @ entry yg menguris ati korang yer.
smoga lebaran kali ini membawa seribu makna bt korang smua.
raya thn ni merupakan raya yg pertama yana sambut sebagai seorang isteri.
ini bermakna, raya kali ni kena beraya kat rmh mertua.
huhuhuhuuhhu..
tp hasil perbincangan yana n hubby,
kata sepakat telah dicapai dan hasilnye adalah :
1st day raya tu kat rmh mak yana.(w/pun tiap2 hari g rmh mak yana)
2nd day baru blk rmh mertua kat taiping, perak...
weeeee....
camne la agaknye nnt kan...
seram pun de gak...
yela..1st time raya kat rmh mertua...
pape pun,tu keluarga yana gak kan..kan..kan..
akhir kata : RAYA...RAYA....RAYA....


p/s : raya tu raya gak,keselamatan diri kena gak jaga.makan tu biar beringat skit..hehehehe

11 September 2009

11 september 2009

11 September 2009 0
epy besday 2 me...
epy besday 2 me...
epy besday 2 yana...
epy besday 2 yana...
nyanyi lagu besday tuk dri sndri lak...
hehehe...
ari ni genap la usia ku 24 thn...
maka semakin bertambah la usia ku ini...
nk kata semakin tua...
erm..jiwa rasa x kot...
hahahhah
pape pun...
perjalanan hidupku masih lg panjang.
kita hanya merancang,tuhan yg menentukan....

18 August 2009

Ramadhan Kembali lagi...

18 August 2009 0
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah
tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

P/s : Thn ni sepatutnya leh puasa penuh,sbb......huhuhh....tp xtau la mampu ke x....insyallah..klu bleh nk puasa pnuh....tp klu dah xlarat sgt terpaksa la tinggal..cian plak org yg kat dlm ni kan..wee....

Related Posts with Thumbnails

Iklan saje

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates