05 December 2010

1st Birthday Party Zeke

05 December 2010 0

20 November 2010

NO more saturday working....

20 November 2010 2
title tu jek aku da suke...
huhuhuh
akhirnye setiap sabtu aku akan abiskan masa dgn zeke..
i like...hohohoh(abah zeke kekgd jek la yg ada..sbb dia kan keje shift..tu yg xbest tu...)
thn lps kat tmpt keje lama,setiap sabtu kena keje..
thn ni tmpt keje br, kena gilir2 lak...2 mggu keje,2 mggu cuti...
tp lps dpt bos br, xyah keje lak ari sabtu...
best la bos ni...ni yg syg kat bos ni..ahak...

17 November 2010

Saya ingin menonton filem The Social Network!

17 November 2010 0

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.



Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network".



Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 2010!


13 November 2010

Next Month

13 November 2010 2
NANTIKAN!!!

i'm back...

setelah lama m'hilangkn diri...
kini aku kembali berblogging...
hohohoh..
bkn pe..bz la....bz dgn family..keje...
xde masa la duk lama2 menaip kat blog ni...
klu on9 pun jab2 jek....
kat rmh lbh byk abiskn masa melayan si zeke bulat tu...
maklum la..da de anak ni...duk layan dia jek la....hubby pun layan gak k...hahahha
tp aku akn cuba utk m'aktifkn smula blog aku ni...
da lama sgt sunyi....
tungguuuuuuuu.............

09 August 2010

ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB????

09 August 2010 4
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka :-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata :
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

12 July 2010

di tag oleh nzahidahz aka anak buah ku tersyg..

12 July 2010 3
1.adakah anda rasa anda hot?

erm....xkot..sbb aku ngah meniarap ngadap laptop kat dlm bilik ber air cond...hahhaha..

tp aku rasa aku seorg yg 'cool'...ye ke?ntah la..aku agak jek...hihih


2.upload wall paper pc/laptop yang anda gunakan sekarang.


3.ceritakan pasal gambar di atas.

kwn sejati tak mengenal rupa paras & bentuk badan...


4.kali terakhir makan pizza?

bila erk?rasanye 5 bln lps kot..masa tu br lps pantang..teringin sgt nk mkn sbb 2 bln kena tahan nafsu mkn...hahahah


5.lagu terakhir yang anda dengar?

Tiara By Kris. layan jiwang time otw blk dr keje...kikiki


6.apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

layan FB,cek email,bukak youtube n tgk2 baby zeke klu2 dia terjaga dr tido.


7.selain daripada anda sendiri,anda dipanggil apa?

kembar : panggilan masa aku kecik2 dulu sbb aku kembar

kakak : panggilan oleh family ku sbb aku anak perempuan pertama

dee : panggilan masa skolah dulu

yana : panggilan masa keje n masa stdy kat poli

ayg : panggilan oleh my hubby

ibu : panggilan oleh my baby zeke


8.tag 5 orang yang anda nak tag

1. lianadeq

2. watie

3. cha

4. kinah

5. adip


11. No 3 ada hubungan dengan sapa?

dia kwn dgn adik angkat aku..


12. Bagaimana dengan orang no 2?

tunang kpd nasrun


13. Kata-kata cinta kepada orang no 4?

rindu time skolah rendah dulu..


14. Berikan 5 fakta yang anda tau tentang rakan yang anda tag.

lianadeq : adik kembar aku..dah kawin tp blum ada baby lg..cepat2 la bt anak..zeke nk kazen br lg...heheheh

watie : satu kelas time stdy kat poli.dah bertunang n bakal menjadi ratu sehari...pak..pak..pak..kebom..kebom..kebom...

cha : dia ni kwn kpd adik angkat aku n aku kenal dia pun dr myspace..yg xsangkanye dia ni pun kwn kpd kwn kelas aku..rasa cam kecik jek dunia ni kan..

kinah : dia ni kwn masa aku skolah rendah kat johor dulu..ske g rmh dia pas waktu skolah keb smntara nk g skolah agama..family dia baik sgt..lps dia pindah sg bulo trus putus hbgn.tp FS tlh menemukan kami kembali...hihihi

adip : dia ni adik angkat kpd adik kembar aku..1 sklh menengah dgn dia..bkn nye baik..berbudi bhs,hormat org tua...eh..terpuji dia lak..agaggaga...


TAMAT...

TERIMA KASIH...SILA DATANG LAGI...

24 June 2010

Tag Dr blog Amos Nursan aka Watie

24 June 2010 2
ni kite jwb tag nyer yer...
sedia...set...go...

3 nama Samaran Kamo:
+ yana
+ dee
+ kakak

5 Tarikh Penting Dalam Hidup kamo:
+ 11/9 : my besday
+ 3/7 : my hubby besday
+ 28/2 : my anniversary(nikah)
+ 1/3 : persandingan yg gilang gemilang
+ 7/12 : my baby zeke besday

5 Perkara kamo buat semalam:
+ keje..ari2 keje
+ bwk zeke jejln naik motor
+ ngamuk dgn org TM
+ g pasar mlm dgn my hubby
+ celebrate besday my 2nd bro

5 perkara yg buat anda Gembira:

+ tgk baby zeke membesa dgn sihat
+ jln2 dgn my family
+ manja2 dgn my hubby n my baby
+ shopping
+ my family epy,me pun epy gak..

5 Hobi kamo:
+ layan laman sosial@tenet
+ main Game
+ Jln2 cr mkn
+ bwk keta laju2
* hang out wif my family

5 tempat percutian Idaman Kamo:
+ Hong Kong
+ Perhentian
+ naik cruise (tempat ke?xkisah la..janji percutian yg di idamkan)
+ Korea
+ Hawaii

5 Sebab kamo jawab tag nie:
+ jwb tag watie
+ suke
+ dah lama x di tag
+ saje
+ bykkn lg entry blog

5 Orang yg nak di tag:
+ Lianadeq aka ucu zeke
+ zahida aka kak long zeke
+ ujai aka my jiran
+ naim aka my bes fren
+ sape2 yg nk la...

ok...done..sekian..terima kasih...sila datang lagi....

20 June 2010

Permata Hati Ku..

20 June 2010 0
AHMAD ZIKRI MUSTAQIM BIN ZULKIFLI
punye la panjang nama dia kan...
nama abahnye ciput jek..heheheh...
nk tau x camne leh dpt nama tu...
ZIKRI tu dipilih oleh my hubby...
aku lak pilih MUSTAQIM..
yang AHMAD lak pilihan kami berdua..
jadi la AHMAD ZIKRI MUSTAQIM...
kami panggil dia 'baby@zeke@zikri'...
n lg 1 'taqim' yg hny dipanggil oleh maksu dia..
kononnye nk lain dr yg lain...ngada jek...
skrg ni zeke da 6 bln...
rasa cam jab jek masa berlalu kan..
dulu yg dia tahu tido,minum susu,nangis & buang air...
skrg bila da makin besar,makin byk dia blajar,makin byk la benda yg nk dibuatnye..
skrg da pandai naik walker..1 rmh dia pusing...bila da letih nangis mintak diturunkan...
skrg ni ngah sibuk blajar nk angkat buntut...tertonggeng2 dia nk angkat buntut...
n yg terbaru zeke da nk tumbuh gigi..gusi bwh dia da bengkak n nmpk cam da nk tumbuh 2 btg gigi..patut la asik nk mengigit jek...
dia pun da mula kenal org...klu org yg dia x biasa tgk,dia akan tgk jek org tu...
klu aku nk g keje@da siap2 nk g jln,da pndai nangis..nangis sbb nk ikut...
dia la penghibur ati aku n my hubby...
walau seletih mana pun kami,blk rmh tgk dia jek trus hilang letih kami...
AHMAD ZIKRI MUSTAQIM
baby la penyeri hidup kami,baby la penawar hidup kami,baby menyempurnakan hidup kami, baby lambang cinta kami n baby la segala-galanye bg ibu n abah..








kembali...

kembali berblogging?....
tetiba jek rasa nk aktifkn blk blog ni..dah lama rasanye terbengkalai....
perlukan perubahan..
tp per erk?
tu smua akan difikirkn kemudian...
skrg ni nk cari ilham dulu...
huhuhuhuh

16 December 2009

My Baby Boy

16 December 2009 4
Name : Ahmad Zikri Mustaqim Bin Zulkifli
DOB : 7 Dec 2009
Time : 10.15 am
Weight : 3.43kg
Place : Hospital Sungai Buloh











20 October 2009

Sekadar Utk renungan

20 October 2009 0

RAHSIA TARIAN POCO2 (artikel dari : http://pakarhowto.com/ )

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok. Saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia . Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

16 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

16 September 2009 2
lg beberapa hari saje syawal bakal menjelma,
di sini yana ingin mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
kepada smua rakan2 bloger klu ade salah silap @ entry yg menguris ati korang yer.
smoga lebaran kali ini membawa seribu makna bt korang smua.
raya thn ni merupakan raya yg pertama yana sambut sebagai seorang isteri.
ini bermakna, raya kali ni kena beraya kat rmh mertua.
huhuhuhuuhhu..
tp hasil perbincangan yana n hubby,
kata sepakat telah dicapai dan hasilnye adalah :
1st day raya tu kat rmh mak yana.(w/pun tiap2 hari g rmh mak yana)
2nd day baru blk rmh mertua kat taiping, perak...
weeeee....
camne la agaknye nnt kan...
seram pun de gak...
yela..1st time raya kat rmh mertua...
pape pun,tu keluarga yana gak kan..kan..kan..
akhir kata : RAYA...RAYA....RAYA....


p/s : raya tu raya gak,keselamatan diri kena gak jaga.makan tu biar beringat skit..hehehehe

11 September 2009

11 september 2009

11 September 2009 0
epy besday 2 me...
epy besday 2 me...
epy besday 2 yana...
epy besday 2 yana...
nyanyi lagu besday tuk dri sndri lak...
hehehe...
ari ni genap la usia ku 24 thn...
maka semakin bertambah la usia ku ini...
nk kata semakin tua...
erm..jiwa rasa x kot...
hahahhah
pape pun...
perjalanan hidupku masih lg panjang.
kita hanya merancang,tuhan yg menentukan....

18 August 2009

Ramadhan Kembali lagi...

18 August 2009 0
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah
tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

P/s : Thn ni sepatutnya leh puasa penuh,sbb......huhuhh....tp xtau la mampu ke x....insyallah..klu bleh nk puasa pnuh....tp klu dah xlarat sgt terpaksa la tinggal..cian plak org yg kat dlm ni kan..wee....

18 July 2009

Masih Cinta By Kotak Band

18 July 2009 1

Tik tik tik waktu berdetik

Tak mungkin bisa kuhentikan

Maumu jadi mauku

Pahit pun itu ku tersenyum


Kamu tak tahu rasanya hatiku

Saat berhadapan kamu


Tik tik tik air mataku

Biar terjatuh dalam hati

Mauku tak penting lagi

Biar kubuat bahagiamu


Kamu tak tahu rasanya hatiku

Saat berhadapan kamu

Kamu tak bisa bayangkan rasanya

Jadi diriku yang masih cinta


*1st time dengar lagu ni trus ske..ske dgn suara penyanyi tu n liriknye...xtau la sama ada lirik tu de kena mengena dgn aku ke x.tp lirik tu membuatkn aku teringat kat seseorg...sape?!!...hanya aku yg tahu..weeeee....

17 July 2009

Susah Senang

17 July 2009 0
Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah..
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je....

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap² silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan ?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².

Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk² tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,
manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap² kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah
akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik
mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa....
Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study nih.
Carik peguam tuh, carik peguam nih.
Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.(Hadari kot)
Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe...
Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit.
takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah...

Renung-renungkan...
Dan Selamat Beramal..
Wallahu a'lam...

12 June 2009

"KebuzyBodyAn"

12 June 2009 0
lama gile x update blog....
bz sesgt...
weekday keje cari duit,weekend lak jejln abiskn duit....
heheheheh
so,mmg xde masa sgt nk update blog ni...
isyallah..pasni yana akn try utk slalu m'update blog ni k....
Related Posts with Thumbnails

Iklan saje

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates